Tuesday, 13 December 2011

string

i just love the idea guna string2 alah ni. nampak macam simple tapi aku tau memang takkan sesimple yang kita bayangkan kalau nak buat benda alah ni. bayangkan berapa juta kertas and reben yang perlu digunakan kan untuk gantung benda alah ni. but still the idea is brilliant. awesome. rasa macam nk gigit laju2 je tengok benda alah ni. so bole la kan agak2 kalau nak gantikan arch or walkway guna benda alah ni. macam suhweet je kalau lepas nikah amek gambar kat sini. berangan berangan berangan....agak2 berapa ye kos nak buat benda alah gantung2 macam ni???? kalau guna reben ofcourse the cost ill bring me to death eh tetiba teringat lagu bring me to life. kalau guna crepe paper pon macam ok je kan. dah boleh cut some cost kat situ. macam ye ye je nak buat siap kira cost bagai2. sekali tak buat pon, padan muka ko berangan je lebey. 





actually dah ramai je B2B or mantan B2B dah buat benda alah ni. mintak tolong aje pakcik gugel pasti tersembur2 semua maklumat. tapi aku kan hangat2 ciken shit je bab2 nak mengugel ni. since gambar2 ni memang koleksi lama yang ada dalam tumblr. dah lama sangat kot aku suke idea ni, dulu tengok orangputih and takberapanakputih je buat. tapi sekarang dah ramai gila yang adapt this idea to the malay wedding. ohsem! thumbs up... aku ada banyak aje inspirasi dari english wedding yang kadnag2 aku tak tau bole adapt tak dengan culture kita. tup2 aku godek2 idea tu dah ade orang buat. so jawab sendiri la soalan tu kannn...memang bole yang penting kita kena berani buat perubahan. tak adalah semua pelamin pon nak kena pakai bunga2 kan. since aku ni bukanlah minah bunga sangat, bole la try tiru idea2 english wedding ni. bab pelamin kita cerita kedian la hokeh...


yang penting benda2 ni semua boleh DIY aje..bajet jimat wang untuk masa depan. tukang kebun pernah cakap, takyah bazir, nanti dah kawen nak tidur atas apa? makan atas apa? hmmmm ye baiklah..u got the point. daaa~~~ time kerja tak boleh curi banyak masa sangat, nanti hati rasa tak sedap.

wedding shoe


since aku bukan jenis yang suka pakai heels sana sini atau wedges sana sini flip flop sana sini, tetiba godek2 ramai je yang kawen pakai converse or any sneakers. cool kan. so takyah fikir macam mana nak cover bila terjatuh or tergolek time wedding day..heyy malu hokeh kalau terjatuh time big day bila semua mata tengah fokus kat kita...maunya nak kena terjun lombong 300km dalam sebab nak sorok muka yang dah la tak berapa nak lawa, attract cheap attention plak tu..silap2 orang tak tolong angkat pon, tolong gelak je laju2 bila nampak pengantin tergolek..7 keturunan belum tentu habis lagi cerita pasal kau pengantin jatuh tergolek...

tapi biasalah kan, kalau pakai kasut macam ni mesti ada je mulut2 mengumpat pompangpompang sana sinun. orang melayu kan lambat sikit nak menerima perubahan. nanti balik rumah nak tanya mak dulu, kalau  mak on yabedabedu.....boleh sergah converse lepas ni. aku pon dah lama tak songlap kasut converse since dah abis belajar. selipar jepun tu la yang dok bawak kehulu kehilir. sampai mak rasa rimas bila keluar dengan aku, tp biasalah jawapan skema "kasut kat dalam kereta adalah mak, nak bawak kereta kena pakai seliper, barulah selesa. " tapi hampeh la kan bila keluar kereta selipur jepun tu jugak yang tersarung...

tapi kalau mak tak bagi pakai masa kawe, rasanya kalau nk outdoor shooting okay la kan. bole buat ala2 avril naik skateboard...hahahaha..angan2 je lebey, main menatang kejadah tu pon tak reti kan...hahhaha...till then, daaa~~~~

Tuesday, 29 November 2011

picca dr OP

baru dapat picca dari OP tengahari tadi.si abang gagah post laju hantarkan ke ofis. a million thanks to AZROL sebab sudi melayan kerenah si gedik yang mau CDnya di pos..tq. ~ ~ ~coz that what's fren are suppose to do oh yeah~ ~ ~ *meh nyanyi lagu bruno mars same* gambar tak banyak sangat. mula2 agak blurr kenapa mamat ni nak balik awal rupa2nya bila baca package engagement memang sumanya macam tu. majlis hanya di cover 2 jam atau paling lama 3 jam. si OP datang since sesi mekap so no wonder lah die cabot awal kan.majlis tak habis tapi OP dah balik..sila salahkan diri sendiri sebab tak tanya kat OP tu die cover majlis berapa jam! jangan nk lemparkan baran tak tentu pasal hokeh.

gambar dengan tukang kebun tak banyak. memang merajuk si tukang kebun lepas majlis tu sebab katanya gambar dia tak banyak pon..dia sedih bangat, tapi hey ni kan tunang..it's my day. your day tunggu nikah kang hokeh tukang kebun? pegi main bunga tu jauh2, jgn nk merajuk. so lepas ni makan gaji buta je kat ofis sebab nak edit gambar tunang yang baru dapat ni..OP ada adit a few pic, tp better edit sendiri. cantik ke tak ko yang buat, so tak payah nak bambu sana sini gambar tak cantik....

si OP pada 04 nov ari tu ialah si EMRAN MALEK. B2B area kuantan yang nakkan service dia boleh la intai-intai laman web die....some of my fren bagitau kerja dia ohsem juga.....setiap orang ada taste yang berbeda2 bukan.....as for me picture yang dapat capture true moment adalah terbaik. jadi tepuk dada tanyalah selera..so as pembuka selera, jom layan gambar ni dulu.

time ni senyum pon kaku aje.nebes!

Tuesday, 8 November 2011

selesai

alhamdulillah~ ~ ~ ~ selesai 1 bab. sekarang mari bukak bab ke 2 plak. tapi sekarang mau berehat sebulan dua dari apa-apa preparation.sebab nya kepala dah sarat sangat dengan preparation tunang hari tu. eventho ari tu tunang sumenya last minute and kelam kelibut. sampai tahap barang hanratan siap pukul 6 petang and MUA dah call bagitau dia dah OTW pegi rumah. time tu la baru nak carik towel, nak mandi, nak potong kuku, nak cari stoking.......ni la padahnya kalau dah jadi student planning, semua last minute. ingat ni final project time belajar ke oiiiink oiiiinkkkk..ini perihak masa depan hokeh, sila bersungguh.

tapi bersungguh-sungguh pon kita rehat dulu barang sebulan dua, pastu sambung kelam kelibut balik hokeh.
later akan direvealkan apa cerita 4hb nov 2011 tu. jengggg jengg jenggggg.....alhamdulillah semuanya lancar seperti yang dirancangkan cuma ada beberapa perkara keralatan sedikit. tapi tak pelah.since semuanya dah selamat, kita tutup mata aje hokeh....


since then, daaaa~~~~

eh kite dah jadi tunang orang... malunya~~~larik laju3~

Thursday, 13 October 2011

tips sebelum bertunang

Apa yang anda perlu tahu sebelum anda membuat keputusan untuk bertunang?

Banyak perkara anda perlu pastikan sebelum menetapkan tarikh majlis pertunangan anda. Majlis pertunanangan merupakan majlis yang selalunya dibuat secara sederhana dengan menjemput sanak saudara yang terdekat serta rakan- rakan sekerja anda. Walaupun dibuat secara sederhana, tapi anda perlu pastikan ianya berjalan dengan sempurna

Terdapat pelbagai perkara yang boleh berlaku ketika majlis pertunangan. Jadi anda perlu ambil kira beberapa perkara seperti di bawah sebelum membuat keputusan mengenai tarikh majlis pertunangan anda.

1. Mendapat persetujuan kedua-dua keluarga - done-
Pastikan majlis pertunangan yang akan diadakan telah pun mendapat persetujuan dari kedua-dua belah keluarga. Tarikh dan tempat perlu disetujui oleh keluarga masing-masing supaya lebih mudah untuk merancang perkara yang lain dengan mudah.

2. Pemilihan tarikh dan masa yang bersesuaian - done-
Anda perlu mengambil kira tempat, jarak dan masa tetamu yang anda jemput di majlis pertunangan anda terutamanya dari keluarga tunang anda. Kebiasaannya, hari Sabtu dan Ahad menjadi pilihan, namun ia bergantung kepada keluarga anda.

3. Membuat Perbincangan ringkas sebelum majlis pertunangan - done-
Seelok-eloknya, pastikan keluarga anda telah pun berbincang mengenai pertunangan yang akan diadakan, seperti berapa banyak hantaran, wang hantaran yang dipersetujui, tarikh perkahwinan dan tempoh pertunangan yang dipersetujui, dan perkara-perkara yang lain yang perlu dibincangkan. Keadaan ini boleh mengelakkan kekeliruan disamping meringkaskan majlis daripada perbincangan yang panjang dan lama.

4. Tema majlis pertunangan anda - done-
Pilihlah tema warna yang sesuai dan terkini mengikut citarasa anda. Tak semestinya hiasan warna tema perlu sama dari hiasan bilik, mini pelamin, barang hantaran serta baju bertunang, tapi jika disesuaikan bersama, ianya pasti nampak lebih meriah dan cantik. Jika anda tidak memilih tema yang tertentu, pastikan nampak keserasian dari segi pemilihan warna , biarlah semuanya nampak serasi dan ceria.Pilihlah juga warna yang sesuai dengan kulit anda serta warna persekitaran yang lain sepert warna cat rumah dan bilik anda.

4. Bajet Pertunangan - done-
Walaupun majlis pertunangan merupakan majlis yang sederhana, tapi jika tidak dirancang dengan betul, pembaziran boleh berlaku. Rancang dengan teliti berdasarkan bajet anda. Buat penilaian dan cuba bandingkan harga setiap perkhidmatan dan barang yang ingin dibeli. Jika anda mempunyai bajet yang besar, pastikan ia disalurkan kepada perkara yang penting seperti cincin, make up (mak andam), baju pertunangan, perhiasan bilik, barang hantaran dan jurugambar. Anda juga boleh berjimat jika anda pandai membuat perhiasan sendiri terutama barang hantaran serta hiasan biik. Barang hantaran tak semestinya mahal, yang penting hiasan dan kreativiti anda.

5. Perkhidmatan Andaman - done -
Mak andam atau jurusolek memainkan peranan yang penting untuk penampilan anda pada hari pertunangan itu nanti. Selalunya mereka menyediakan pakej termasuk perhiasan pelamin, bilik dan baju pertunangan. Carilah seorang mak andam setelah anda melihat contoh hasil kerja mereka. Pastinya anda ingin kelihatan ayu pada majlis pertunangan anda nanti.

6. Jurugambar pertunangan/ Video - done-
Lantiklah seorang jurugambar untuk majlis pertunangan anda, kerana setelah selesai majlis itu nanti, yang ada hanyalah kenangan dari gambar yang diambil pada hari tersebut. Selalunya jurugambar ada menyediakan pakej pertunangan yang boleh anda pilih. Terdapat ramai jurugambar yang boleh anda pilih, jadi pastikan pilihan anda mengikut bajet, kualiti serta kreativiti jurugambar tersebut. Harga yang ditawarkan berbeza mengikut beberapa faktor terutamanya dari segi pemilihan album.

Jika anda telah pun merancang perkara-perkara seperti di atas, majlis anda pasti akan berjalan dengan lebih sempurna. Pastikan juga, jika anda menempah perkhidmatan dari pihak lain seperti barang hantaran, jurusolek, katering, dan jurugambar, anda menghubungi mereka sehari sebelum majlis pertunangan anda untuk mengingatkan mereka tentang majlis anda. Ini untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Anda juga boleh membuat pilihan sama ada untuk membuat sendiri atau pun menempah keperluan diatas dengan pihak lain. Ini bergantung kepada bajet anda. Pastikan ianya tidah melebihi bajet yang anda sediakan. Selalunya terdapat pakej pertunangan yang menyediakan perkhidmatan- perkhidmatan diatas. Buatlah pilihan yang bijak berdasarkan bajet anda.

sumber ; here

kisah bukan dongeng si tukang tailor

dah call si tukang kebun tailor tanya perihal baju, tapi jawapannya masih dalam proses la dik. tak siap lagi.. adoyai akak, akak janji nak boleh siapkan dalam masa 2 minggu. si tukang kebun saya dah meroyan bila tau akak tak siapkan lagi baju tu. dalam proses tu sama je kot maksud akak tak buat pape lagi kat baju tu. entah2 kain tu masih dara kot, blom terpotong lagi agaknya. hnssss hnssss hnssss terus rasa macam nak bertukar jadi hijau siap ade effect seluar koyak2 lagi..tukang kebun asyik suruh push2 akak tu siapkan jugak minggu ni. faham2 sajalah perangai tukang kebun tu, kalau dah berjanji kena tunaikan. dia paling tak suka orang tak penuhi janji. biarpun baju tu nak pakai lama lagi, errrr lagi 3 minggu lagi kot tapi sebab akak tu janji 2 minggu bole siap, dia memang akan mintak baju tu pada tarikh yang dijanjikan, kalau tak hangen 1 badan la dia. alih2 sape yang kena dengar dia bambu??? *tunduk kepala sambil buat muka paling sedih*

dah cakap dekat akak tu, minggu depan saya datang amik baju tu. so nak taknak dia kena siapkan jugak baju tu. tak tidur malam ke tak sempat nak makan ke tak sempat mandikan anak ke tak sempat layan suami ke saya tak nak amik tau. sila siapkan baju saya minggu depan akak. kalau tak saya rakam bambuan tukang kebun kasi akak dengar.baru akak faham perasaan saya.hahahhahahha...... sebenarnya nervous nak tengok outcome baju tu. ok ke tak. menjadi ke tidak akak tu jahit baju macam yang macam diidamkan tu. kalau jadi nanti kawen bole la tempah kat akak lagi,saya upkan lagi upahnya.hehehhehe......

lately ada banyak gila kerja dekat ofis.tak terkejar. tapi tak ada mood nak buat. semangat yang diseru2 tak kunjung tiba.so sementara semangat tak punch card lagi mari berjimba dengan internet dulu.kang dia dah pucnh card kita plak yang kelam kabut...*jom cuci mata laju2*