Tuesday, 13 December 2011

string

i just love the idea guna string2 alah ni. nampak macam simple tapi aku tau memang takkan sesimple yang kita bayangkan kalau nak buat benda alah ni. bayangkan berapa juta kertas and reben yang perlu digunakan kan untuk gantung benda alah ni. but still the idea is brilliant. awesome. rasa macam nk gigit laju2 je tengok benda alah ni. so bole la kan agak2 kalau nak gantikan arch or walkway guna benda alah ni. macam suhweet je kalau lepas nikah amek gambar kat sini. berangan berangan berangan....agak2 berapa ye kos nak buat benda alah gantung2 macam ni???? kalau guna reben ofcourse the cost ill bring me to death eh tetiba teringat lagu bring me to life. kalau guna crepe paper pon macam ok je kan. dah boleh cut some cost kat situ. macam ye ye je nak buat siap kira cost bagai2. sekali tak buat pon, padan muka ko berangan je lebey. 





actually dah ramai je B2B or mantan B2B dah buat benda alah ni. mintak tolong aje pakcik gugel pasti tersembur2 semua maklumat. tapi aku kan hangat2 ciken shit je bab2 nak mengugel ni. since gambar2 ni memang koleksi lama yang ada dalam tumblr. dah lama sangat kot aku suke idea ni, dulu tengok orangputih and takberapanakputih je buat. tapi sekarang dah ramai gila yang adapt this idea to the malay wedding. ohsem! thumbs up... aku ada banyak aje inspirasi dari english wedding yang kadnag2 aku tak tau bole adapt tak dengan culture kita. tup2 aku godek2 idea tu dah ade orang buat. so jawab sendiri la soalan tu kannn...memang bole yang penting kita kena berani buat perubahan. tak adalah semua pelamin pon nak kena pakai bunga2 kan. since aku ni bukanlah minah bunga sangat, bole la try tiru idea2 english wedding ni. bab pelamin kita cerita kedian la hokeh...


yang penting benda2 ni semua boleh DIY aje..bajet jimat wang untuk masa depan. tukang kebun pernah cakap, takyah bazir, nanti dah kawen nak tidur atas apa? makan atas apa? hmmmm ye baiklah..u got the point. daaa~~~ time kerja tak boleh curi banyak masa sangat, nanti hati rasa tak sedap.

wedding shoe


since aku bukan jenis yang suka pakai heels sana sini atau wedges sana sini flip flop sana sini, tetiba godek2 ramai je yang kawen pakai converse or any sneakers. cool kan. so takyah fikir macam mana nak cover bila terjatuh or tergolek time wedding day..heyy malu hokeh kalau terjatuh time big day bila semua mata tengah fokus kat kita...maunya nak kena terjun lombong 300km dalam sebab nak sorok muka yang dah la tak berapa nak lawa, attract cheap attention plak tu..silap2 orang tak tolong angkat pon, tolong gelak je laju2 bila nampak pengantin tergolek..7 keturunan belum tentu habis lagi cerita pasal kau pengantin jatuh tergolek...

tapi biasalah kan, kalau pakai kasut macam ni mesti ada je mulut2 mengumpat pompangpompang sana sinun. orang melayu kan lambat sikit nak menerima perubahan. nanti balik rumah nak tanya mak dulu, kalau  mak on yabedabedu.....boleh sergah converse lepas ni. aku pon dah lama tak songlap kasut converse since dah abis belajar. selipar jepun tu la yang dok bawak kehulu kehilir. sampai mak rasa rimas bila keluar dengan aku, tp biasalah jawapan skema "kasut kat dalam kereta adalah mak, nak bawak kereta kena pakai seliper, barulah selesa. " tapi hampeh la kan bila keluar kereta selipur jepun tu jugak yang tersarung...

tapi kalau mak tak bagi pakai masa kawe, rasanya kalau nk outdoor shooting okay la kan. bole buat ala2 avril naik skateboard...hahahaha..angan2 je lebey, main menatang kejadah tu pon tak reti kan...hahhaha...till then, daaa~~~~

Tuesday, 29 November 2011

picca dr OP

baru dapat picca dari OP tengahari tadi.si abang gagah post laju hantarkan ke ofis. a million thanks to AZROL sebab sudi melayan kerenah si gedik yang mau CDnya di pos..tq. ~ ~ ~coz that what's fren are suppose to do oh yeah~ ~ ~ *meh nyanyi lagu bruno mars same* gambar tak banyak sangat. mula2 agak blurr kenapa mamat ni nak balik awal rupa2nya bila baca package engagement memang sumanya macam tu. majlis hanya di cover 2 jam atau paling lama 3 jam. si OP datang since sesi mekap so no wonder lah die cabot awal kan.majlis tak habis tapi OP dah balik..sila salahkan diri sendiri sebab tak tanya kat OP tu die cover majlis berapa jam! jangan nk lemparkan baran tak tentu pasal hokeh.

gambar dengan tukang kebun tak banyak. memang merajuk si tukang kebun lepas majlis tu sebab katanya gambar dia tak banyak pon..dia sedih bangat, tapi hey ni kan tunang..it's my day. your day tunggu nikah kang hokeh tukang kebun? pegi main bunga tu jauh2, jgn nk merajuk. so lepas ni makan gaji buta je kat ofis sebab nak edit gambar tunang yang baru dapat ni..OP ada adit a few pic, tp better edit sendiri. cantik ke tak ko yang buat, so tak payah nak bambu sana sini gambar tak cantik....

si OP pada 04 nov ari tu ialah si EMRAN MALEK. B2B area kuantan yang nakkan service dia boleh la intai-intai laman web die....some of my fren bagitau kerja dia ohsem juga.....setiap orang ada taste yang berbeda2 bukan.....as for me picture yang dapat capture true moment adalah terbaik. jadi tepuk dada tanyalah selera..so as pembuka selera, jom layan gambar ni dulu.

time ni senyum pon kaku aje.nebes!

Tuesday, 8 November 2011

selesai

alhamdulillah~ ~ ~ ~ selesai 1 bab. sekarang mari bukak bab ke 2 plak. tapi sekarang mau berehat sebulan dua dari apa-apa preparation.sebab nya kepala dah sarat sangat dengan preparation tunang hari tu. eventho ari tu tunang sumenya last minute and kelam kelibut. sampai tahap barang hanratan siap pukul 6 petang and MUA dah call bagitau dia dah OTW pegi rumah. time tu la baru nak carik towel, nak mandi, nak potong kuku, nak cari stoking.......ni la padahnya kalau dah jadi student planning, semua last minute. ingat ni final project time belajar ke oiiiink oiiiinkkkk..ini perihak masa depan hokeh, sila bersungguh.

tapi bersungguh-sungguh pon kita rehat dulu barang sebulan dua, pastu sambung kelam kelibut balik hokeh.
later akan direvealkan apa cerita 4hb nov 2011 tu. jengggg jengg jenggggg.....alhamdulillah semuanya lancar seperti yang dirancangkan cuma ada beberapa perkara keralatan sedikit. tapi tak pelah.since semuanya dah selamat, kita tutup mata aje hokeh....


since then, daaaa~~~~

eh kite dah jadi tunang orang... malunya~~~larik laju3~

Thursday, 13 October 2011

tips sebelum bertunang

Apa yang anda perlu tahu sebelum anda membuat keputusan untuk bertunang?

Banyak perkara anda perlu pastikan sebelum menetapkan tarikh majlis pertunangan anda. Majlis pertunanangan merupakan majlis yang selalunya dibuat secara sederhana dengan menjemput sanak saudara yang terdekat serta rakan- rakan sekerja anda. Walaupun dibuat secara sederhana, tapi anda perlu pastikan ianya berjalan dengan sempurna

Terdapat pelbagai perkara yang boleh berlaku ketika majlis pertunangan. Jadi anda perlu ambil kira beberapa perkara seperti di bawah sebelum membuat keputusan mengenai tarikh majlis pertunangan anda.

1. Mendapat persetujuan kedua-dua keluarga - done-
Pastikan majlis pertunangan yang akan diadakan telah pun mendapat persetujuan dari kedua-dua belah keluarga. Tarikh dan tempat perlu disetujui oleh keluarga masing-masing supaya lebih mudah untuk merancang perkara yang lain dengan mudah.

2. Pemilihan tarikh dan masa yang bersesuaian - done-
Anda perlu mengambil kira tempat, jarak dan masa tetamu yang anda jemput di majlis pertunangan anda terutamanya dari keluarga tunang anda. Kebiasaannya, hari Sabtu dan Ahad menjadi pilihan, namun ia bergantung kepada keluarga anda.

3. Membuat Perbincangan ringkas sebelum majlis pertunangan - done-
Seelok-eloknya, pastikan keluarga anda telah pun berbincang mengenai pertunangan yang akan diadakan, seperti berapa banyak hantaran, wang hantaran yang dipersetujui, tarikh perkahwinan dan tempoh pertunangan yang dipersetujui, dan perkara-perkara yang lain yang perlu dibincangkan. Keadaan ini boleh mengelakkan kekeliruan disamping meringkaskan majlis daripada perbincangan yang panjang dan lama.

4. Tema majlis pertunangan anda - done-
Pilihlah tema warna yang sesuai dan terkini mengikut citarasa anda. Tak semestinya hiasan warna tema perlu sama dari hiasan bilik, mini pelamin, barang hantaran serta baju bertunang, tapi jika disesuaikan bersama, ianya pasti nampak lebih meriah dan cantik. Jika anda tidak memilih tema yang tertentu, pastikan nampak keserasian dari segi pemilihan warna , biarlah semuanya nampak serasi dan ceria.Pilihlah juga warna yang sesuai dengan kulit anda serta warna persekitaran yang lain sepert warna cat rumah dan bilik anda.

4. Bajet Pertunangan - done-
Walaupun majlis pertunangan merupakan majlis yang sederhana, tapi jika tidak dirancang dengan betul, pembaziran boleh berlaku. Rancang dengan teliti berdasarkan bajet anda. Buat penilaian dan cuba bandingkan harga setiap perkhidmatan dan barang yang ingin dibeli. Jika anda mempunyai bajet yang besar, pastikan ia disalurkan kepada perkara yang penting seperti cincin, make up (mak andam), baju pertunangan, perhiasan bilik, barang hantaran dan jurugambar. Anda juga boleh berjimat jika anda pandai membuat perhiasan sendiri terutama barang hantaran serta hiasan biik. Barang hantaran tak semestinya mahal, yang penting hiasan dan kreativiti anda.

5. Perkhidmatan Andaman - done -
Mak andam atau jurusolek memainkan peranan yang penting untuk penampilan anda pada hari pertunangan itu nanti. Selalunya mereka menyediakan pakej termasuk perhiasan pelamin, bilik dan baju pertunangan. Carilah seorang mak andam setelah anda melihat contoh hasil kerja mereka. Pastinya anda ingin kelihatan ayu pada majlis pertunangan anda nanti.

6. Jurugambar pertunangan/ Video - done-
Lantiklah seorang jurugambar untuk majlis pertunangan anda, kerana setelah selesai majlis itu nanti, yang ada hanyalah kenangan dari gambar yang diambil pada hari tersebut. Selalunya jurugambar ada menyediakan pakej pertunangan yang boleh anda pilih. Terdapat ramai jurugambar yang boleh anda pilih, jadi pastikan pilihan anda mengikut bajet, kualiti serta kreativiti jurugambar tersebut. Harga yang ditawarkan berbeza mengikut beberapa faktor terutamanya dari segi pemilihan album.

Jika anda telah pun merancang perkara-perkara seperti di atas, majlis anda pasti akan berjalan dengan lebih sempurna. Pastikan juga, jika anda menempah perkhidmatan dari pihak lain seperti barang hantaran, jurusolek, katering, dan jurugambar, anda menghubungi mereka sehari sebelum majlis pertunangan anda untuk mengingatkan mereka tentang majlis anda. Ini untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Anda juga boleh membuat pilihan sama ada untuk membuat sendiri atau pun menempah keperluan diatas dengan pihak lain. Ini bergantung kepada bajet anda. Pastikan ianya tidah melebihi bajet yang anda sediakan. Selalunya terdapat pakej pertunangan yang menyediakan perkhidmatan- perkhidmatan diatas. Buatlah pilihan yang bijak berdasarkan bajet anda.

sumber ; here

kisah bukan dongeng si tukang tailor

dah call si tukang kebun tailor tanya perihal baju, tapi jawapannya masih dalam proses la dik. tak siap lagi.. adoyai akak, akak janji nak boleh siapkan dalam masa 2 minggu. si tukang kebun saya dah meroyan bila tau akak tak siapkan lagi baju tu. dalam proses tu sama je kot maksud akak tak buat pape lagi kat baju tu. entah2 kain tu masih dara kot, blom terpotong lagi agaknya. hnssss hnssss hnssss terus rasa macam nak bertukar jadi hijau siap ade effect seluar koyak2 lagi..tukang kebun asyik suruh push2 akak tu siapkan jugak minggu ni. faham2 sajalah perangai tukang kebun tu, kalau dah berjanji kena tunaikan. dia paling tak suka orang tak penuhi janji. biarpun baju tu nak pakai lama lagi, errrr lagi 3 minggu lagi kot tapi sebab akak tu janji 2 minggu bole siap, dia memang akan mintak baju tu pada tarikh yang dijanjikan, kalau tak hangen 1 badan la dia. alih2 sape yang kena dengar dia bambu??? *tunduk kepala sambil buat muka paling sedih*

dah cakap dekat akak tu, minggu depan saya datang amik baju tu. so nak taknak dia kena siapkan jugak baju tu. tak tidur malam ke tak sempat nak makan ke tak sempat mandikan anak ke tak sempat layan suami ke saya tak nak amik tau. sila siapkan baju saya minggu depan akak. kalau tak saya rakam bambuan tukang kebun kasi akak dengar.baru akak faham perasaan saya.hahahhahahha...... sebenarnya nervous nak tengok outcome baju tu. ok ke tak. menjadi ke tidak akak tu jahit baju macam yang macam diidamkan tu. kalau jadi nanti kawen bole la tempah kat akak lagi,saya upkan lagi upahnya.hehehhehe......

lately ada banyak gila kerja dekat ofis.tak terkejar. tapi tak ada mood nak buat. semangat yang diseru2 tak kunjung tiba.so sementara semangat tak punch card lagi mari berjimba dengan internet dulu.kang dia dah pucnh card kita plak yang kelam kabut...*jom cuci mata laju2*

secara pantas

checklist tunang

1- attire -  baju tunang - tailor
                - veil - perlu ke?
                - kasut - perlu ke?

2- hantaran - sirih junjung
                     - buah
                     - coklat
                     - tafsir & sejadah
                     - baju

3- make up - deposit, done

4- OP - booking, done

5- caterer -  mum, considered done

6-pelamin







                 

Wednesday, 5 October 2011

gelak sakan jom



sumber ni lupa dari mana.rasanya ambik dari tumblr. hahahhahah kelakar kan.mari kita gelakkan die ramai2..hahahhahha kakakakkaka kakkakakka...ok dah semua pegi sambung buat keja..

kain dah anta pegi tailor.yahuuuu yabedabedu

last sunday dah hantar kain pegi tailor..buat baju kurung moden je sebab tak tau nak buat baju pesen mane lagi.tapi buat kurung moden pendek. tak tahu nak dcakap cantik ke tak sebab tailor tu macam yakin tak yakin je...aku nak guna chiffon untuk kain akak tailor tu cakap "pakai satin la baru naik kaler kain tu. sebab bahagian baju dah guna chiffon so kaler die tenggelam sikit..." hmmmmmm mmmmmmmmmm mmmmm. jadi keputusannya ikot cakap tailor tu.kalau tak santek baju tunang tu, kita potong kain orang lain depan die..muahahhaa...mood jahat.

tukang kebun pon sibok2 nak buat baju melayu sekali.katanya seumur hidup sekali je tunang so biarlah beria sikit..hmmmm mmmmmm mmmmmm lagi.baiklah ikotkan aje cakap tukang kebun.sebab kain dia yang bayar tapi bab upahnya kena tukar tender la..tender yang belah sini pulak yang kena ambik. takpe la...sharing is caring...*sudah bosan guna ayat ni tapi ayat ni ade makna tersirat bombastik* so kata si tukang tailor lagi 2 minggu boleh siap. so mari aje lah berdoa semoga kain tu turn out to be gorgeous n stunning time tunang nanti hokeh...

so next hunting adalah doorgift.dah berkali-kali ajak tukang kebun pegi jalan2 dekat Gm klang. tapi dia sibuk memanjang nak jaga bunga2 kat kebun tu..ishhhh perangai orang tua betul.tak abis2 ngan bunga.tu belum bela ayam itik lagi tu.kalau dah bela lagi haru.nak berak pon kena angkut ayam itik sekali...geram gerammm gerammm...takpe. this coming weekend my friend from uni ajak pegi nilai teman dia cari barang kawen.ye dia nak kawen disember ni....happy for u my dearest friend...so merangkap teman ju beli barang kawen kita pon rembat sekali la barang untuk doorgift tunang nanti.tapi nak beli ape ye?????

Wednesday, 28 September 2011

baju pesen mane yang sesuai

sekarang masih dalam mood nak carik design untuk baju tunang. tapi malang memang dah bau awal2 sebab beli kain dulu baru fikir design. alih2 berkenan dengan design begini tak sesuai dengan kain yang dah beli pulak. design begitu pulak rasa macam sangat sinonim ngan agenda tunang memunang plak. haihhhh cepat tua la gamaknya hari2 mengeluh tengok design yang meletup2  ni. mau bikin sendiri tapi kainnya udah beli. kenapa la hari tu tak beli kain harga rm50 je, tak adalah ralat sangat buat baju raya je nanti. tapi beli kain pun dah mahal *mahal kot bagi aku sebab bajet nan adoo*



source: here



yummy kan design macam ni. rase nk telan gigit2 je...nak2 yang kaler kuning tu memang idaman kalbu.kalau la tukang kebun setuju nak buat baju kaler kuning tak de la aku nak meraoyan sampai macam ni..tok imam tengok pon tepok dahi tahap meroyan aku ni...lazatnya kalau dapat baju2 kat atas tu..semuanya nyummy meow meow.....semua pon cantik..semua pon idaman kalbu...range harga bagi yang berduit boleh la berdesup call butik dan laju2 bawak lari baju tu sebab range harga rm800-1300..bagi yang duit nan adooo ni tengok aje la yeh..mana satu yang rm 900 mana satu yang rm1300 eden tak hengat..sile confirmkan sendiri. padahal saja je buat2 lupa sebab jeles tak dapat baju macam ni..mari menangis laju2 dalam hati.




source: here


design dari nik erwan ni pon santek2...rasa nak kunyah gula2 je bila tengok design dia ni...yummy yummyyyyyy....adoiiiii lagi banyak tengok design santek2 macam ni lagi tertekan sebab design2 macam ni tak guna pon kain yang akukurangsabarlagigelojoh ni beli..

"nyesal tak nyesal tak"
"sadap!!!!!!!!!"
*monolog dalam hati*

tandus..macam tanah yang tandus tak de air........jom pengsan 5 saat!

Monday, 26 September 2011

the lord of the ring

source: here

lately buat-buat busy kat ofis survey2 chenchen....n biasanya kalau cerita2 orang kawen nak beli  cincin mesti imej2 cincin batu seketul kat atas cincin or batu seketul dikelilingi batu berketul2 yang lain...macam kat atas tu..pompuan mane tak suke design macam tu sile kerat jari sendiri hokeh..paling-paling busuk cincin macam ni berdiamond bagai2 adalah 8k. ko ado duit banyak tu, den nan ado.last weekend perasan2 kaya and survey kedai emas tengok jenisan cincin sebegini tak semena2 beso and bulat bebenor mata tengok angka kat cincin tu kan...semua kedai cincin range dia lebih kurang kalau betul2 nak cincin macam ni.lets forget about 4c and bla bla bla..sebab semua orang dah tau.everyone well educated bout this intan berlian permata. so do i..lets forget bout nk pakai cincin macam princess mahal mak datuk ni...mari ukur cincin di poket sendiri aje..



so last weekend survey2 and tukang kebun terus cakap, pilih aje yang mane2 nanti i bayar je..i dah malas nak pikir pasal cincin,..ok separa girang ria aku pon pilih cincin, sebab tak mampu nak pakai cincin batu seketul dikelilingi baru berketul2 tu then i decided pilih cincin yang simple2 dan yang paling penting ukurlah cincin di poket sendiri..bak kata tukang kebun, cincin tunang kan pemberian ikhlas lelaki, kalau dah paksa beli mahal2 dah tak ikhlas la..hokeh, noted! eventhou simple je design die tapi aku sangat puas hati.sangat mengemarinye sampai jilat2...hehehhe....

 

source: here





cincin aku pilih lebih kurang macam ni la....look exactly like 1 of those kattt atas tu.simple kan kan kan kan...ni kan pemberian ikhlas sang lelaki, so terima aje la..but since aku ni jenis perempuanolok2 yang simple aje, so dengan cincin sebegini really fit my image.n my mom pon keluarkan statement begini "kalau budak ni punye taste mak dah tau dah, bukan reti nak pilih barang macam pompuan lain" hahhahahhaha ok makku yang comel, terima la seadanya anak mak yang super simple ni...hehehe..

next hunting adalah baju tuntuntunpaseaieeeeetunang plak!

Thursday, 22 September 2011

love this color combination


 
source: here

i really love this color combination.rase nk pengsan je tengok mainan color camni tp kompem2 idea ni kena tendang ngan tukang kebun.alasannya tak sesuai ngan kaler kulit dia.cissssss....sape suruh dok tanam pokok tengah2 panas.lain kali letak la air-cond kat kebun bunga tu..hishhhh kan da meroyan aku tak dapat nk kaler ni....aku bukan peminat tegar kuning tapi agak tegar terhadap putih tapi lately rasa kuning itu sungguh mengancam jiwa dan raga.rasa nak telan je kalau nampak orang lain punya wedding or engagement buat color ni...please tukang kebun, i nak pakai color ni voleh???

 source : here
everything bout her engagement is soooooo adorable..love the color, love the deco, dais, the outfit really yummy and bayangkan *cewahhhh da start dah* kalau time haku kawen macam ni kan dah berbaloi2...sedap mata memandang sedap lagi hidung dok kembang kempis.kalau dapat la macam ni untuk kawen nanti..verangan je la nokk mak ade majlis macam ni....mari la pura2 pengsan.....

Wednesday, 21 September 2011