Thursday, 13 October 2011

kisah bukan dongeng si tukang tailor

dah call si tukang kebun tailor tanya perihal baju, tapi jawapannya masih dalam proses la dik. tak siap lagi.. adoyai akak, akak janji nak boleh siapkan dalam masa 2 minggu. si tukang kebun saya dah meroyan bila tau akak tak siapkan lagi baju tu. dalam proses tu sama je kot maksud akak tak buat pape lagi kat baju tu. entah2 kain tu masih dara kot, blom terpotong lagi agaknya. hnssss hnssss hnssss terus rasa macam nak bertukar jadi hijau siap ade effect seluar koyak2 lagi..tukang kebun asyik suruh push2 akak tu siapkan jugak minggu ni. faham2 sajalah perangai tukang kebun tu, kalau dah berjanji kena tunaikan. dia paling tak suka orang tak penuhi janji. biarpun baju tu nak pakai lama lagi, errrr lagi 3 minggu lagi kot tapi sebab akak tu janji 2 minggu bole siap, dia memang akan mintak baju tu pada tarikh yang dijanjikan, kalau tak hangen 1 badan la dia. alih2 sape yang kena dengar dia bambu??? *tunduk kepala sambil buat muka paling sedih*

dah cakap dekat akak tu, minggu depan saya datang amik baju tu. so nak taknak dia kena siapkan jugak baju tu. tak tidur malam ke tak sempat nak makan ke tak sempat mandikan anak ke tak sempat layan suami ke saya tak nak amik tau. sila siapkan baju saya minggu depan akak. kalau tak saya rakam bambuan tukang kebun kasi akak dengar.baru akak faham perasaan saya.hahahhahahha...... sebenarnya nervous nak tengok outcome baju tu. ok ke tak. menjadi ke tidak akak tu jahit baju macam yang macam diidamkan tu. kalau jadi nanti kawen bole la tempah kat akak lagi,saya upkan lagi upahnya.hehehhehe......

lately ada banyak gila kerja dekat ofis.tak terkejar. tapi tak ada mood nak buat. semangat yang diseru2 tak kunjung tiba.so sementara semangat tak punch card lagi mari berjimba dengan internet dulu.kang dia dah pucnh card kita plak yang kelam kabut...*jom cuci mata laju2*

No comments:

Post a Comment