Apa yang anda perlu tahu sebelum anda membuat keputusan untuk bertunang?
Banyak perkara anda perlu pastikan sebelum menetapkan tarikh majlis pertunangan anda. Majlis pertunanangan merupakan majlis yang selalunya dibuat secara sederhana dengan menjemput sanak saudara yang terdekat serta rakan- rakan sekerja anda. Walaupun dibuat secara sederhana, tapi anda perlu pastikan ianya berjalan dengan sempurna
Terdapat pelbagai perkara yang boleh berlaku ketika majlis pertunangan. Jadi anda perlu ambil kira beberapa perkara seperti di bawah sebelum membuat keputusan mengenai tarikh majlis pertunangan anda.
1. Mendapat persetujuan kedua-dua keluarga - done-
Pastikan majlis pertunangan yang akan diadakan telah pun mendapat persetujuan dari kedua-dua belah keluarga. Tarikh dan tempat perlu disetujui oleh keluarga masing-masing supaya lebih mudah untuk merancang perkara yang lain dengan mudah.
2. Pemilihan tarikh dan masa yang bersesuaian - done-
Anda perlu mengambil kira tempat, jarak dan masa tetamu yang anda jemput di majlis pertunangan anda terutamanya dari keluarga tunang anda. Kebiasaannya, hari Sabtu dan Ahad menjadi pilihan, namun ia bergantung kepada keluarga anda.
3. Membuat Perbincangan ringkas sebelum majlis pertunangan - done-
Seelok-eloknya, pastikan keluarga anda telah pun berbincang mengenai pertunangan yang akan diadakan, seperti berapa banyak hantaran, wang hantaran yang dipersetujui, tarikh perkahwinan dan tempoh pertunangan yang dipersetujui, dan perkara-perkara yang lain yang perlu dibincangkan. Keadaan ini boleh mengelakkan kekeliruan disamping meringkaskan majlis daripada perbincangan yang panjang dan lama.
4. Tema majlis pertunangan anda - done-
Pilihlah tema warna yang sesuai dan terkini mengikut citarasa anda. Tak semestinya hiasan warna tema perlu sama dari hiasan bilik, mini pelamin, barang hantaran serta baju bertunang, tapi jika disesuaikan bersama, ianya pasti nampak lebih meriah dan cantik. Jika anda tidak memilih tema yang tertentu, pastikan nampak keserasian dari segi pemilihan warna , biarlah semuanya nampak serasi dan ceria.Pilihlah juga warna yang sesuai dengan kulit anda serta warna persekitaran yang lain sepert warna cat rumah dan bilik anda.
4. Bajet Pertunangan - done-
Walaupun majlis pertunangan merupakan majlis yang sederhana, tapi jika tidak dirancang dengan betul, pembaziran boleh berlaku. Rancang dengan teliti berdasarkan bajet anda. Buat penilaian dan cuba bandingkan harga setiap perkhidmatan dan barang yang ingin dibeli. Jika anda mempunyai bajet yang besar, pastikan ia disalurkan kepada perkara yang penting seperti cincin, make up (mak andam), baju pertunangan, perhiasan bilik, barang hantaran dan jurugambar. Anda juga boleh berjimat jika anda pandai membuat perhiasan sendiri terutama barang hantaran serta hiasan biik. Barang hantaran tak semestinya mahal, yang penting hiasan dan kreativiti anda.
5. Perkhidmatan Andaman - done -
Mak andam atau jurusolek memainkan peranan yang penting untuk penampilan anda pada hari pertunangan itu nanti. Selalunya mereka menyediakan pakej termasuk perhiasan pelamin, bilik dan baju pertunangan. Carilah seorang mak andam setelah anda melihat contoh hasil kerja mereka. Pastinya anda ingin kelihatan ayu pada majlis pertunangan anda nanti.
6. Jurugambar pertunangan/ Video - done-
Lantiklah seorang jurugambar untuk majlis pertunangan anda, kerana setelah selesai majlis itu nanti, yang ada hanyalah kenangan dari gambar yang diambil pada hari tersebut. Selalunya jurugambar ada menyediakan pakej pertunangan yang boleh anda pilih. Terdapat ramai jurugambar yang boleh anda pilih, jadi pastikan pilihan anda mengikut bajet, kualiti serta kreativiti jurugambar tersebut. Harga yang ditawarkan berbeza mengikut beberapa faktor terutamanya dari segi pemilihan album.
Jika anda telah pun merancang perkara-perkara seperti di atas, majlis anda pasti akan berjalan dengan lebih sempurna. Pastikan juga, jika anda menempah perkhidmatan dari pihak lain seperti barang hantaran, jurusolek, katering, dan jurugambar, anda menghubungi mereka sehari sebelum majlis pertunangan anda untuk mengingatkan mereka tentang majlis anda. Ini untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.
Anda juga boleh membuat pilihan sama ada untuk membuat sendiri atau pun menempah keperluan diatas dengan pihak lain. Ini bergantung kepada bajet anda. Pastikan ianya tidah melebihi bajet yang anda sediakan. Selalunya terdapat pakej pertunangan yang menyediakan perkhidmatan- perkhidmatan diatas. Buatlah pilihan yang bijak berdasarkan bajet anda.
sumber ; here
Thursday, 13 October 2011
kisah bukan dongeng si tukang tailor
dah call si tukang kebun tailor tanya perihal baju, tapi jawapannya masih dalam proses la dik. tak siap lagi.. adoyai akak, akak janji nak boleh siapkan dalam masa 2 minggu. si tukang kebun saya dah meroyan bila tau akak tak siapkan lagi baju tu. dalam proses tu sama je kot maksud akak tak buat pape lagi kat baju tu. entah2 kain tu masih dara kot, blom terpotong lagi agaknya. hnssss hnssss hnssss terus rasa macam nak bertukar jadi hijau siap ade effect seluar koyak2 lagi..tukang kebun asyik suruh push2 akak tu siapkan jugak minggu ni. faham2 sajalah perangai tukang kebun tu, kalau dah berjanji kena tunaikan. dia paling tak suka orang tak penuhi janji. biarpun baju tu nak pakai lama lagi, errrr lagi 3 minggu lagi kot tapi sebab akak tu janji 2 minggu bole siap, dia memang akan mintak baju tu pada tarikh yang dijanjikan, kalau tak hangen 1 badan la dia. alih2 sape yang kena dengar dia bambu??? *tunduk kepala sambil buat muka paling sedih*
dah cakap dekat akak tu, minggu depan saya datang amik baju tu. so nak taknak dia kena siapkan jugak baju tu. tak tidur malam ke tak sempat nak makan ke tak sempat mandikan anak ke tak sempat layan suami ke saya tak nak amik tau. sila siapkan baju saya minggu depan akak. kalau tak saya rakam bambuan tukang kebun kasi akak dengar.baru akak faham perasaan saya.hahahhahahha...... sebenarnya nervous nak tengok outcome baju tu. ok ke tak. menjadi ke tidak akak tu jahit baju macam yang macam diidamkan tu. kalau jadi nanti kawen bole la tempah kat akak lagi,saya upkan lagi upahnya.hehehhehe......
lately ada banyak gila kerja dekat ofis.tak terkejar. tapi tak ada mood nak buat. semangat yang diseru2 tak kunjung tiba.so sementara semangat tak punch card lagi mari berjimba dengan internet dulu.kang dia dah pucnh card kita plak yang kelam kabut...*jom cuci mata laju2*

secara pantas
checklist tunang
1- attire - baju tunang - tailor
- veil - perlu ke?
- kasut - perlu ke?
2- hantaran - sirih junjung
- buah
- coklat
- tafsir & sejadah
- baju
3- make up - deposit, done
4- OP - booking, done
5- caterer - mum, considered done
6-pelamin
- veil - perlu ke?
- kasut - perlu ke?
2- hantaran - sirih junjung
- buah
- coklat
- tafsir & sejadah
- baju
6-pelamin
Wednesday, 5 October 2011
gelak sakan jom
sumber ni lupa dari mana.rasanya ambik dari tumblr. hahahhahah kelakar kan.mari kita gelakkan die ramai2..hahahhahha kakakakkaka kakkakakka...ok dah semua pegi sambung buat keja..
kain dah anta pegi tailor.yahuuuu yabedabedu
last sunday dah hantar kain pegi tailor..buat baju kurung moden je sebab tak tau nak buat baju pesen mane lagi.tapi buat kurung moden pendek. tak tahu nak dcakap cantik ke tak sebab tailor tu macam yakin tak yakin je...aku nak guna chiffon untuk kain akak tailor tu cakap "pakai satin la baru naik kaler kain tu. sebab bahagian baju dah guna chiffon so kaler die tenggelam sikit..." hmmmmmm mmmmmmmmmm mmmmm. jadi keputusannya ikot cakap tailor tu.kalau tak santek baju tunang tu, kita potong kain orang lain depan die..muahahhaa...mood jahat.
tukang kebun pon sibok2 nak buat baju melayu sekali.katanya seumur hidup sekali je tunang so biarlah beria sikit..hmmmm mmmmmm mmmmmm lagi.baiklah ikotkan aje cakap tukang kebun.sebab kain dia yang bayar tapi bab upahnya kena tukar tender la..tender yang belah sini pulak yang kena ambik. takpe la...sharing is caring...*sudah bosan guna ayat ni tapi ayat ni ade makna tersirat bombastik* so kata si tukang tailor lagi 2 minggu boleh siap. so mari aje lah berdoa semoga kain tu turn out to be gorgeous n stunning time tunang nanti hokeh...
so next hunting adalah doorgift.dah berkali-kali ajak tukang kebun pegi jalan2 dekat Gm klang. tapi dia sibuk memanjang nak jaga bunga2 kat kebun tu..ishhhh perangai orang tua betul.tak abis2 ngan bunga.tu belum bela ayam itik lagi tu.kalau dah bela lagi haru.nak berak pon kena angkut ayam itik sekali...geram gerammm gerammm...takpe. this coming weekend my friend from uni ajak pegi nilai teman dia cari barang kawen.ye dia nak kawen disember ni....happy for u my dearest friend...so merangkap teman ju beli barang kawen kita pon rembat sekali la barang untuk doorgift tunang nanti.tapi nak beli ape ye?????

Subscribe to:
Posts (Atom)